Assalamualaikum, entry kali ini dipetik daripada majalah GenQ Edisi 06..inshaAllah boleh dijadikan sebagai santai2 ilmu buat diri kita semua =)
Jujur dalam menuju jalan yang lurus
Jujur dalam menuju jalan yang lurus
"Ihdinas siratal mustaqim"
"Allah telah membuat perumpamaan berupa sebuah jalan yang lurus. Di kedua-dua sisi jalan itu ada dinding yang ada padanya terdapat beberapa pintu yang terbuka. Pada pintu-pintu itu terdapat pula tirai yang dilabuhkan."
Sementara di atas pintu gerbang jalan tersebut ada penyeru yang berkata :
"Wahai manusia, laluilah jalan ini sampai ke hujung dan janganlah kamu membelok-belok (ke kiri dan ke kanan).
Sementara itu, ada lagi penyeru lain di atas jalan tersebut yang berkata ketika manusia hendak salah satu daripada pintu-pintu itu:
"Jangan kamu membukanya, kerana jika kamu membukanya kamu pasti akan terperosok masuk ke dalamnya."
'JALAN' di sini bermaksud ISLAM.
'DINDING' maksudnya hukum-hukum Allah.
'PINTU-PINTU YANG TERBUKA' maksudnya perkara-perkara yang diharamkan Allah.
'PENYERU DI ATAS GERBANG' maksudnya Al-Quran.
'PENYERU DI ATAS JALAN' maksudnya nasihat dari Allah yang ada di dalam hati setiap muslim.
(Riwayat Ahmad dan Muslim)



0 comments:
Post a Comment