“..dah sampai masa, kita dah 21 pun. kena cari. kena balik.
tapi kawan kawan kita yang leka dok sibuk itu ini tu?”
Wahhh, intro! Hehe. By the way, Assalamualaikum semua^^
Dialog di atas adalah antara perbualan aku dan kawan aku beberapa hari yang lepas.
The point is, ape yang kita kene cari sebenarnye? Hurmm.
Nampak gambar ni?
Apesal sejak kebelangan ni, sume orang dok pakat tukar gambar FB mereka kepada DP yang bewarna coklat?
Aku sendiri menerima tempiasnya. Yupp, pada siapa yang xtahu, perubahan DP ni semua ada kaitan dengan Hari Nakbah.
Ouhh, kemon..Hari Nakbah? Amende tu? Xpernah dengar pun? =.=
Haaaa, sape2 yang xpernah dengar bolehlah ke link Hari Nakbah ini untuk penjelasan lebih lanjut.
Tolonglah,peduli ummah siket ye. Kalau pun kita xdapat tolong saudara kita yang berada di Palestin n Syria sana, ambil tahulah perkembangan mereka. Bantulah mereka dengan selemah-lemah pertolongan.
Kirimkan doa untuk mereka. Bukan sesiapa pun, untuk saudara-mara kita jugak. Kan? =)
Nak dijadikan cerita, disebabkan kerajinan aku melayari internet tidak kira masa tanpa menghiraukan exam weeeeekkk yang melanda, aku pun sibuklah meng-google pasal Hari Nakbah ini. Dah baca2, teringin plak nak share ape yang aku baca kat FB. Sila besarkan sendiri ye. Hee
Selang beberapa minit post, ade sorang sahabat ni terus BUZZ!!
Eh? Ape hal lak tetibe mamat nih?
Dah lah lame xchat.
“...aku ada benda nak share nih.
yang ”Siapa yang tidak ihtimam (peduli) terhadap urusan umat Islam, maka bukan golongan mereka.” (HR At-Tabrani).
itu dariapada apa aku belajar kan, itu hadith dhaif. dhaif jiddan. munkar.
berdosa siapa yang sandarkan ayat ni pada nabi SAW
sebab itu bukan hadith pun.
Tapi, maksud intipati ayat tu benar sbb dia bertepatan dan semakna dengan hadith lain yang Sahih, hadith Sahih al-Bukhari (6011) and Sahih Muslim (2586): (Perumpamaan orang-orang yang beriman itu pada kasih-sayang, rasa belas dan ikatan sesama mereka adalah umpama satu jasad, sekiranya satu anggota jasad merasai kesakitan maka yang seluruh jasad juga akan turut merasai sakit.
Just nak share je. sebab aku ternampak kat wall kau =)
aku pun baru belajar drpd ustaz hadith kat sini.”
Tudiaaaaa, gedebuk! Hambek kau Jalilah.. Share lagi Hadith yang tak sahih.
Tapi niat aku pada asalnya, bukan nak berhujah pasal hadith tu.
Aku nak bercerita pasal intipati Hari Nakbah tu sendiri.
Apa2 pun, teguran dia buat aku tersenyum.
Bukan sebab apa.
Sebab ada juga yang sudi menegur aku bila mana aku buat kesalahan.
Alhamdulillah =)
Banyak yang kami bincangkan malam tu sehinggalah.....dia masuk bab hadith ‘Melayu’.
Korang pernah dengar tak pasal, kalau kita simpan kuku panjang, dosa sama macam bela sekandang babi.
Itupun hadith ‘melayu’. Dan aku sendiri percaya kot! Padahal itu palsu. Tak ada ancaman kalau tak potong kuku.
Yang sahih, cuma potong kuku sebagai sunah/fitrah.
Hadith yang dikeluarkan Imam al-Bukhari dan Imam Muslim dlm kitab al-Sahih diorang, dari Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda:
Terjemahan: "Fitrah ada lima iaitu: berkhitan, membersihkan bulu-bulu disekitar kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu-bulu ketiak dan menipiskan misai".
Itu antaranya lahh. -.-
Ya Allah, menggelabah aku malam tu. Aku dah menyebarkan benda yang salah. Dengan cepatnya, aku pm orang yang share info tersebut dari aku, beri sedikit penjelasan dan mintak maaf daripada mereka. Seterusnya, kami pakat2 delete link tersebut agar ianya tidak tersebar. *Sigh,relieve sume ade. Hahaiiii
Banyak yang aku kene belajar lagi. Dan dalam masa kita belajar, hendaklah berguru. Even, internet banyak info mane pun, xsemua boleh pakai. Ape yang kite kene cari ialah rujukan dan sumber yang sahih lagi sahih! Lebih2 lagi bab yang berkaitan dengan agama. Rujuklah semula Al-Quran dan as-Sunnah sebagai garis panduan. Itu yang terbaik. Wallahu’alam.
p/s: Terima kasih, Allah. Terima kasih, Andre =)