BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, 25 February 2012

Uncertainty

Ya Allah
Andai masih ada rindu
Kupohon hilangkanlah ia dari hatiku
Kerana ketidakpastian itu mengganggu
Tapi jika qada’ dan qadar itu mengatakan sebaliknya
Kurniai aku kekuatan untuk melaluinya..


InshaAllah :')

Wednesday, 22 February 2012

Time of Your Life

Semalam, before tidur terdengar satu lagu nih kat radio.

"Good Riddance (Time Of Your Life) by Greenday"

Serius, lagu ni memang epic sangat huhu
Bukan apa, seronok mengimbau kenangan silam.
Kadang2 bertemankan segala memorabilia ni lah
Kita still mampu senyum dan terus tersenyum
Walaupun bersendiri di tempat orang
Mengejar cita dan terus berjuang ;)

Hari ni kejenye bukak album2 lama kat skolah dulu
Rinduuuu woahhh
Dah lah jauh, tapi xpe
Kadang2 yang jauh tu lah yang kita makin rindu.. hehe ;)


Pieces of memoryyyy,



Mengimbau kembali pintu gate merbok b4 terlupa ki3


Surau yang xkan aku pernah lupa, sampai bila2.
Di sini lah aku kenal apa itu erti sebuah 'keluarga' 
dan 'sahabat'.


Gunung Jerai ! weee~~ 
Bersama orang2 hebat dalam gambar
Bakal2 doktor n bakal2 cikguu hehe
InshaAllah


Ouh ye, ni Bubu ! haha. peneman tdoq selama 2 tahun di bumi Merbok^^


Ouhhh, rindu geng2 bising nih hihi
Berharap sangat kita boleh jumpa lagi
Piqa, Ida, Husna, Diba, Pali, Izar, Zakwan n Fadhil
*kualiti gambar yang biaseee saje
yet it's still my favourite, till now and so on.


Buat semua sahabat2,
Semoga semua terus sukses dan gigih dalam menuntut ilmu Allah.
I will always pray for us.
Semoga Allah pertemukan kita kembali,
kalau bukan di sini, moga2 dalam doa kita semua..
InshaAllah


Saturday, 18 February 2012

3 Nur

Assalamualaikum semua !
 Hari ni dapat ilmu baru
So, rase excited siket nak share^^
Yela kan, bila kita ada ilmu then kita kenalah share
Bukan rugi pon kann
Malah, 'saham' pahala tu akan dapat kat kita gek nanti
InshaAllah


Before tu,
Cuba reflect siket analogi yang simple nih^^
Ehem2 
"Takkan la kita nak buat baik sorang2, dapat pahala sorang2
masuk syurga sorang2?
Memang sangat xbez lah kan kan ;)
But then, that moment akan jadi sangat sweeeet
Bila kita buat baik sama2,
dapat pahala sama2
 n dpt masuk syurga'berjemaah' 
Haaaa, seronok kann ?
(^______^)


----------------------------------------------------


Okeyy dahhh2, back to the sharing part plak^^

Bismillah..

Di hari kiamat nanti ada tiga cahaya yang berlainan : 

 Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang. 
  Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan. 
 Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari. 


Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab : 

 "Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang 
 ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan 
 mengambil air sembahyang apabila terdengar azan

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air 
 sembahyang sebelum azan. 

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. 
Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."


Wallahu'alam.

Allahuakbar.. Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan dipermudahkan untuk segala kebaikan yang ingin kita lakukan.. Amiin..Ya Robbal A'lamiin..

p/s: Jom update azam ! ---> sembahyang pada awal waktunya..

InshaAllah Amen ! ;)

Tuesday, 14 February 2012

Mana satu



Apabila berada di persimpangan,
Istikharah dan tahajud pilihan terbaik
Mengadulah kepada yg satu.

Ya Allah. For what I plan, I hope. For what I heed, I ask.
For You are the Almighty.

p/s: if you thought I'd talk about mariage..then sorry mate, you're on the wrong page..istikharah isn't just about marriage!! =)

Friday, 3 February 2012

Rindu

Assalamualaikum

Entah kenapa sejak dua menjak ni, asyik terfikir pasal mati.
Aku tak tahu, tapi yang aku tahu mati itu pasti.

Sejujurnya
Aku rindu pada arwah
Hampir masuk tahun ketiga tanpa dia
Itulah kali pertama
Aku menghadapi sebuah kematian dalam keluarga sendiri
Aku tersentak
Aku redha dalam sebak
Dan aku xtahu 
Jika yang kedua menyusul tiba kelak

Dan esok juga
12 Rabiul Awal 1433H
Bersamaan
Hari ulang tahun Rasulullah S.A.W
Manusia terhebat di sisi Allah
Sungguh kami semua merindui akan kehadiranmu, ya Rasulullah.. :'((
Selawat ke atas junjunganmu

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.



Pemergianmu - Inteam

Al-fatihah buat Haji Mahat bin Kasanan.
Dan
Buat Rasululllah yang ku kasihi, Muhammad S.A.W.

Wassalamualaikum..

Thursday, 2 February 2012

This Serenity

Alhamdulillah 
Dah lama tak rasa macam ni.
Thank you for this serenity, Ya Allah.
Hanya pada-Mu aku berserah.