BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, 8 May 2012

Jus buah yang busuk


Assalamualaikum warahmatullah..

Alhamdulillah, sedar tak sedar dah nak sampai ke penghujung sem 3 dah (walaupun exam tak mula pun lagi, huk3). Dan dalam kita sedar tak sedar jugak kita ada 73 hari lagi nak menuju ke bulan yang penuh barakah, iaitu Ramadhan al-Mubarak. Hurmm, terasa sangat dunia akhir zaman ini waktunya, sangat sangat dan sangattttt lah berlalu dengan pantas. 

Dan apabila semakin bertambahnya hari, waktu, tahun, dan usia kita, semakin bertambah dekat jugalah kita dengan KEMATIAN. Kan?

Okay, seperti hari-hari yang biasa, selesai saja solat Maghrib aku terus capai Al-Quran yang terletak di hujung kaki katil. Aku mula baca di mana tempat aku berhenti sebelum ini, Surah Al-Kahf.  Selesai dua muka surat, aku baca pula tafsirnya. Sedang aku baca, mata aku berhenti.

Harta dan anak-anak adalah perhiasan dunia, tetapi amal kebajikan yang terus-menerus  adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.”
                                                                                                                                            (Al-Kahf:46)

Aku tersentak. Dalam makna ayat ni.

“Sejauh manakah amalmu, Jalilah?”
Astaghfirullah..
Aku selak Al-Quran kecil itu lagi. Mencari sesuatu sehinggalah ke muka surat yang terakhir.
Dan akhirnya, aku jumpa. Aku terlupa tentangnya. Lama. Lama, aku tinggalkan. Lama sangat.
Mutaba’ah Amal.
Aku bukak, kosong. Banyak yang kosong. Banyak yang aku tinggalkan. Baru separuh aku gunakan. Macam semalam baru dibeli. Sedih dengan diri sendiri. Kecewa melihat mutaba’ah amal sendiri tak dijaga.

Qiam kemana?
Dhuha kemana?
Ma’thurat kemana?
Istighfar berapa kali sehari?

MashaAllah… Memang wajarlah juga doa-doa kau, Jalilah lambat termakbul. Hubungan dengan Allah pun, kau tak jaga. Macam mana?? =(

Muhasabah diri :

"Jangan mengharapkan jus yang segar kalau buahnya sudah busuk..
Begitu juga dengan doa. Jangan mengharapkan doa dimakbulkan sekiranya kita berdoa dengan hati yang lalai."




Awak
Jaga diri. Jaga Iman. Jaga hati.
taw ♥




0 comments: